Tiga isu utama dibangkitkan dalam mesyuarat MTVET - Utusan Malaysia

Tiga isu utama dibangkitkan dalam mesyuarat MTVET

V. Sivakumar beramah mesra bersama pemain industri dan penyedia latihan TVET sempena Hari Bertemu Pelanggan di ILP Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kementerian Sumber Manusia akan membangkitkan tiga isu utama dalam mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) pada akhir bulan ini.

Menterinya, V. Sivakumar berkata, kesemua isu itu boleh ditangani dengan penglibatan pihak industri serta jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Menurutnya, antara tiga isu utama itu ialah kurangnya minat anak muda untuk menyambung pengajian dalam bidang TVET dan pengisian program yang selari dengan perkembangan industri dan pasaran kerja.

“Selain itu, isu mengenai kadar gaji yang rendah juga antara fokus utama kita…tidak boleh bagi gaji sama antara lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan graduan TVET.

“Seperti mana yang sering diberi penekanan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa graduan TVET haruslah diberi gaji minimum RM3,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri dialog industri setempat sempena Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Zon Pantai Timur di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sivakumar berkata, kerajaan sangat komited untuk memperkasakan bidang TVET kerana ia menjanjikan peluang pekerjaan yang cerah pada masa depan.

“Mengikut Future of Jobs Report 2023 yang baru sahaja diterbitkan oleh World Economic Forum pada bulan ini, adalah dijangka bahawa sebanyak 89 juta pekerjaan akan hilang dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Namun, pada masa sama sebanyak 69 juta pekerjaan baharu akan terhasil dan kebanyakannya adalah bidang lapangan yang mempunyai kaitan langsung dengan TVET.

“Contohnya, operator atau pengendali mesin dan teknologi, penganalisis teknologi buatan (AI) dan pengajar atau pelatih vokasional,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya