Tiada UPSR, PT3, KPM terus perkasa PBS - Utusan Malaysia

Tiada UPSR, PT3, KPM terus perkasa PBS

Kurikulum sekolah dijangka akan dirombak untuk memastikan silibus diterapkan selari dengan perkembangan semasa. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berhasrat mengembalikan semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), sebaliknya memberi tumpuan kepada pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, empat komponen dalam PBS akan diberikan tumpuan iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

“Empat komponen itu yang direka bentuk selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) tercapai,” katanya.

Terdahulu KPM menganjurkan Konvensyen Libat Urus PBS Tahun 2023 selama dua hari sehingga hari ini bagi membincangkan isu dan perkara berkaitan PBS secara lebih terbuka bersama guru, ibu bapa, pemegang taruh dan masyarakat umum.

Seramai 750 warga pendidik menyertai konvensyen yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek secara bersemuka dan lebih dari 1,000 orang menyertainya secara dalam talian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya