PERLAHAN pemilik nama Nurul Jannah Muner melangkah masuk ke ruang pernikahan di Masjid Aisyah, Langkawi. Seri wajahnya terlihat, menerusi relung mata yang mengharapkan segala yang indah untuk di depani kelak. Pastinya melangkahkan kaki ke satu fasa baharu sebagai seorang isteri bukan sesuatu yang mudah. Gementar, takut dan risau mula merantai halus hati wanitanya. Dia juga seperti yang lain, ada gugup meresap jiwa. Namun tatkala matanya melihat ke arah bakal suami, Dini Schatzmann, keyakinan mula bercambah. Dia tahu itulah lelaki kiriman Tuhan yang bakal memegang erat tangannya menuju ke syurga cinta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya