Tentera Darat tumbangkan 32 lembu korban

Tentera Darat tumbangkan 32 lembu korban

MOHAMMAD Ab. Rahman (tengah) menyembelih seekor lembu pada Majlis Ibadah Korban Tentera Darat 2023 di Masjid Thoriq Bin Ziyad, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 lembu ditumbangkan oleh Tentera Darat (TD) bagi melaksanakan sumbangan kepada 1,500 warganya dan golongan-golongan tertentu bagi menyempurnakan ibadah ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha, hari ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman berkata, jumlah lembu tersebut merangkumi 22 ekor sumbangan daripada individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat tertentu.

Menurut beliau, TDM melakukan aktiviti korban di seluruh negara termasuk di kawasan-kawasan perbatasan bagi memastikan setiap anggotanya dapat turut melaksanakan ibadah.

“Daging korban ini pertama sekali akan diagih kepada warga tentera sebahagiannya dan selebihnya diagih kepada golongan asnaf serta sembilan NGO yang kita agihkan selepas lembu dilapah.

“NGO tersebut akan agihkan daging kepada golongan-golongan kurang bernasib baik termasuk gelandangan,” katanya ketika ditemui media semasa Majlis Ibadah Korban Tentera Darat 2023 di Kem Perdana Sungai Besi.

Mohammad berkata, ibadah korban yang dilaksakan bagi tahun ini berjalan dengan lancar dengan adanya penambahan jumlah lembu yang disumbangkan.

“Jadi mengharapkan sumbangan sebegini diteruskan dan dipertingkatkan pada masa akan datang supaya dapat dimanfaatkan lebih ramai masyarakat tempatan.

“Harapan saya semoga lebih ramai individu atau NGO dan syarikat yang menyumbangkan lembu untuk ibadah korban supaya kita boleh agihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya