Tempahan pisau meningkat menjelang Aidiladha

Tempahan pisau meningkat menjelang Aidiladha

AZHAR Hamid menunjukkan pisau menyembelih serta melapah daging korban yang ditempah oleh pelanggannya di bengkel besi miliknya di Pekan Darat, Telok Air Tawar, Pulau Pinang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Menjelang Ha­ri Raya Aidiladha menjadi masa paling sibuk buat tukang besi untuk menyiapkan tempahan pisau yang bakal digunakan untuk menyembelih korban.

Salah seorang tukang besi, Azhar Hamid, 56, berkata, lebih 40 tempahan pisau pelbagai jenis sudah diterima sejak awal tahun lagi, malah permintaan yang semakin meningkat menyebabkannya tidak menang tangan menyiapkan pisau yang dipesan pelanggan.

Katanya, dia mampu me­nyiapkan tiga bilah pisau setiap harian setiap hujung minggu.

“Saiznya, panjang, inci pisau itu juga berbeza, malah ia bergantung kepada ukuran dan model yang diingini pelanggan.

“Setiap bilah pisau dijual dengan harga RM120 sehingga RM180,” katanya ketika ditemui pemberita di bengkel besi miliknya di Pekan Darat, Telok Air Tawar, di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, dia yang juga mesra disapa Ustaz Azhar berkata, teknik tradisional diaplikasikan dalam setiap kerja pembuatan pisau, parang dan keris bagi mengekalkan kualiti senjata.

“Lebih 80 peratus proses pembuatan pisau ini dibuat tanpa mesin malah sepanjang proses pembikinan berlangsung, saya turut mengalunkan zikir dan ayat suci al-Quran di samping memohon kepada Allah SWT supaya urusan dipermudahkan.

“Lebih 44 tahun saya berkecimpung dalam bidang ini dan kemahiran yang dimiliki hari ini adalah hasil ajaran arwah ayah sejak saya berusia 12 tahun lagi,” katanya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya