Taylor Swift, Austin Reaves intim? - Utusan Malaysia

Taylor Swift, Austin Reaves intim?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Susulan perpisahan dengan penyanyi Matty Healy, kini, penyanyi, Taylor Swift, 33, pula dikatakan intim dengan atlet bola keranjang, Austin Reaves, 25.

Khabar angin bertiup kencang selepas kedua-duanya dilihat meluangkan masa bersama di sebuah bar di Arkansas, dekat sini, baru-baru ini.

Gosip tersebut bagaimanapun menerima respons berbeza daripada abang kepada Reaves, Spencer Reaves yang menerusi reaksinya di Twitter seakan-akan memberi bayangan bahawa cerita tersebut tidak lebih hanyalah khabar angin semata-mata.

“Austin pergi ke bar adalah dakwaan yang paling tidak realistik dalam khabar angin ini. Masyarakat benar-benar mempercayai semua perkara,” komennya di Twitter.

Khabar angin tersebut timbul tidak lama selepas Swift mengakhiri hubungannya dengan Healy. Menurut sumber terdekat kedua-dua sebelum ini tidak pernah serius bercinta dan hanya mahu berseronok.

“Tidak timbul sebarang drama bahkan mereka tidak pernah menganggap diri masing-masing sebagai pasangan kekasih.

“Taylor dalam keadaan baik, fokus kepada konsert jelajahnya. Dia dan Healy sudah lama bersahabat dan memutuskan untuk kembali berkawan sahaja. Tiada apa yang merumitkan,” katanya kepada majalah People.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya