PETALING JAYA: Gaji yang ditawarkan kepada lepasan pengajian tinggi hanya setanding dengan taraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara faktor pelajar tidak mahu meneruskan pengajian ke peringkat universiti. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, pemikiran remaja lepasan SPM dipengaruhi oleh gaji dan kerja yang ditawarkan pada masa ini. “Mereka berasa tidak berbaloi untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti kerana akhirnya gaji yang ditawarkan tidak begitu ketara perbezaannya dengan taraf SPM. “Tambahan pula, masih ramai anak muda yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi namun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya