Tampil bayar cukai sukarela tanpa penalti mulai 6 Jun ini

Tampil bayar cukai sukarela tanpa penalti mulai 6 Jun ini

PKPS 2.0 ini memberi peluang kepada pembayar cukai tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan melaksanakan semula Program Pengakuan Sukarela (PKS) bagi memberi peluang kepada orang ramai membayar cukai yang bertanggungan tanpa sebarang penalti atau pada kadar sifar peratus.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu sebagaimana diumumkan menerusi Belanjawan 2023 sebagai salah satu inisiatif memperluaskan bilangan pembayar cukai, meningkatkan tahap pematuhan cukai dan meningkatkan hasil negara.

“Program ini akan dilaksanakan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mulai 6 Jun ini hingga 31 Mei 2024,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memberitahu, PKPS 2.0 ini merupakan inisiatif pihaknya untuk menyokong rukun kemampanan dalam pentadbiran percukaian negara seiring dengan konsep Malaysia Madani.

Katanya, Program yang ditawarkan ini memberi peluang kepada pembayar cukai baharu dan sedia ada untuk meningkatkan tahap pematuhan cukai mereka berteraskan konsep A.E.S (Awareness, Education, Services).

“PKPS 2.0 ini memberi peluang kepada pembayar cukai tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur.

“Ia selaras dengan ketetapan LHDN yang sedang berkuat kuasa serta menggalakkan pembayar cukai membayar cukai dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

PKPS 2.0 ini ditawarkan kepada semua kategori pembayar cukai (kecuali kategori fail majikan) di mana penalti yang ditawarkan adalah pada kadar sifar peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya