Tak ada kekasih, selesa hidup solo - Utusan Malaysia

Tak ada kekasih, selesa hidup solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hun Haqeem, 25, memaklumkan dia tidak mempunyai kekasih dan buat masa sekarang, selesa hidup solo.

Kata pelakon drama Nenek Bongkok Tiga itu, dia tidak tergesa-gesa menamatkan zaman bujangnya malah menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah S.W.T.

“Dahulu, saya memang nak kahwin awal. Kalau jodoh datang, kenapa tidak? Lagipun ia adalah perkara yang baik.

“Tetapi sekarang, saya tidak meletakkan apa-apa sasaran (usia) untuk berkahwin. Saya serahkan soal jodoh kepada Allah S.W.T. Percaturannya adalah yang terbaik,” katanya.

Hun berkata demikian ketika ditemui pemberita di set penggambaran drama bersiri terbarunya, W: Two Worlds dekat Sungai Besi, baru-baru ini. Drama tersebut dijangka ditayangkan sekitar hujung tahun ini.

Jawapan Hun itu sekaligus meredakan khabar angin berhubung hubungan istimewa membabitkan dia dengan anak seorang pelakon senior yang tular sebelum ini.

Kata Hun lagi, dia bersyukur kerana kehidupan solo telah memberinya peluang untuk meluangkan lebih banyak masa untuk keluarga selain memberi tumpuan kepada kerjaya.

“25 tahun ini adalah fasa yang terbaik sebab saya dapat fokus kepada keluarga dan kerjaya. Kalau tidak dengan keluarga, mungkin saya gunakan kelapangan yang ada dengan sertai kelas lakonan.

“Bahkan, hidup solo adalah peluang untuk saya tambah baik kekurangan diri sebelum berumah tangga nanti,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya