Syamsul, Puteri Sarah Saling bermaafan sebelum lafaz talak

Syamsul, Puteri Sarah Saling bermaafan sebelum lafaz talak

Syamsul Yusof saling bermaafan dengan Puteri Sarah Liyana sebelum melafazkan cerai terhadap aktres tersebut semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, bersyukur proses perceraiannya berjalan lancar di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Pelakon itu diceraikan selepas bekas suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof melafazkan talak satu kira-kira pukul 12:23 tengah hari di hadapan Hakim Hakim Syarie Akmalluddin.

“Alhamdulillah selesai semuanya, saya gembira.

“Semalam kami ada berjumpa dan selesaikan semuanya dengan lebih terperinci,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum talak dilafazkan, Sarah dan Syamsul dilihat bersama buat kali terakhir menandakan sudah memaafkan kesalahan antara satu sama lain.

“Saya tidak tahu nak rasa apa. Biarlah saya seorang saja yang tahu apa yang saya rasa.

“Saya sudah ‘move on’ dan kami pun sudah bersalaman tadi,” tambahnya.

Syamsul dalam pada masa yang sama bersyukur segala proses telah selesai dan menyifatkan perceraian secara baik amat diperlukan demi kebaikan masa depan anak-anak.

“Persefahaman ini diperlukan demi kebaikan anak-anak. Sebagai bapa, saya tidak mahu mempertaruhkan masa depan anak-anak.

“Jika kami berpisah dengan cara yang tidak baik, itu akan memberi kesan buruk kepada anak. Kami akan tetap berhubung selepas ini sebagai kawan,” katanya.

Pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu juga beranggapan segala kemelut rumah tangga yang pernah dihadapinya bersama Sarah sebagai ujian hidup yang perlu ditempuhnya.

“Sudah mahu masuk usia 40-an ini, beginilah ujian yang perlu saya hadapi.

“Saya reda. Di suatu fasa, ujian hidup akan terus datang. Kita kena kuat terutamanya sebagai selebriti.

“Semoga apa yang jadi kepada kami dapat menjadi pelajaran kepada orang lain,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya