Sustainability Hunt 2023 medium kongsi ilmu budaya kitar semula

Sustainability Hunt 2023 medium kongsi ilmu budaya kitar semula

SEBAHAGIAN aktiviti semasa Program Alam Flora Sustainability Hunt 2023 bagi mempromosikan budaya kitar semula di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) Presint 5, Putrajaya. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) terus mempromosikan budaya kitar semula kepada pelbagai kelompok masyarakat menerusi penganjuran edisi kedua Sustainability Hunt 2023 yang berlangsung meriah Sabtu lalu.

Program di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) Presint 5 itu menghimpunkan 35 peserta terdiri daripada orang awam, komuniti media sosial dan media.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, penganjuran Sustainability Hunt 2023 adalah salah satu platform syarikat itu dalam memupuk dan memulihara alam sekitar melalui pendidikan seperti ilmu pengurangan pembaziran, penjimatan tenaga serta gaya hidup lebih lestari.

Beliau berkata, pihaknya sangat teruja dengan penganjuran edisi kedua ini kerana ia komitmen berterusan syarikat berkenaan bagi mempromosikan kelestarian alam sekitar dalam kehidupan seharian.

“Seperti tahun sebelumnya, kami melibatkan pelbagai kategori peserta termasuk Key Opinion Leader (KOL) yang mana kami mahu golongan itu memaksimumkan jangkauan dan mencipta platform terbaik bagi meningkatkan kesedaran tentang isu alam sekitar,” katanya.

ORANG awam, komuniti media sosial dan media yang menyertai Program Alam Flora Sustainability Hunt 2023 di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) Presint 5, Putrajaya.

Pada edisi kali ini, peserta diberi lima tugasan untuk diselesaikan antaranya Trash or Treasure, Go Green, Recycle Master dan Sustainability Champion yang mana setiap aktiviti itu mendidik peserta mendalami budaya kitar semula.

Sustainability Hunt 2023 turut menawarkan hadiah wang tunai RM500 bagi juara diikuti RM300 tempat kedua dan RM150 bagi tempat ketiga menerusi tiga kategori iaitu komuniti media sosial, orang awam dan media arus perdana.

Sementara itu, selebriti tanah air, Haiza Hanafi berkata, penyertaannya kali ini merungkai banyak ilmu pengetahuan mengenai amalan kitar semula.

“Kita harus belajar kaedah melestarikan bumi dengan menjaga alam sekitar. Ini kerana golongan dewasa juga mungkin terlupa untuk melaksanakan perkara tersebut. Jadi, kami mempelajari tentang bahan boleh dikitar semula selain senarai barangan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya.

Menurutnya, dia juga baru tahu bahawa minyak masak terpakai boleh dikitar semula dan orang ramai sebenarnya dapat menjana pendapatan hasil jualan minyak berkenaan.

Haiza yang juga penyampai radio mengakui terkejut selepas dimaklumkan harga minyak masak terpakai mencecah RM2.80 sekilogram jika dijual di pusat kitar semula.

“Jadi, keadaan ini secara tidak langsung memberi terjemahan bahawa orang ramai mampu menjana pendapatan dengan amalan murni itu selain membantu menghijaukan bumi kita,” katanya.

HAIZA

Turut berkongsi pandangan sama ialah seorang lagi KOL iaitu Nor Suhaili Mohamed Amin atau lebih dikenali sebagai Auntie Purple apabila menyifatkan program itu mendidiknya untuk terus mengamalkan budaya kitar semula.

“Sepanjang program, saya sangat teruja kerana banyak kaedah mudah untuk kita kitar semula seperti menanam pokok di dalam bekas air kotak.

“Selepas program ini, saya rasa lebih bersemangat mengajak ramai orang membudayakan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana ia begitu mudah dilakukan.

“Justeru, sebagai pempengaruh media sosial, saya akan terus berkongsi kepentingan kitar semula kepada pengikut menerusi kandungan supaya amalan itu kekal subur,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi selebriti Muhd Fareezuan Adnan, 27, atau lebih dikenali sebagai Farez berkata, program itu satu aktiviti yang sangat bermanfaat dan memberi ilmu pelbagai mengenai kitar semula.

“Sejujurnya, saya tidak terlalu peka dengan alam sekitar dan selepas ni saya akan mula fikir untuk kitar semula malah, pada masa sama dapat menjana pendapatan serta melestarikan alam sekitar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya