PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyantuni dan menyertai rombongan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini berada di Madinah Al-Munawarah, Arab Saudi.
Baginda berdua berkenan berangkat menziarahi makam makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi.
Malah, baginda berdua turut berkesempatan menunaikan solat maghrib, isyak dan solat-solat sunat di Raudhah. – UTUSAN