Sultan Nazrin solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menunaikan solat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah di sini bersama kira-kira 1,000 jemaah.

Turut berangkat Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin kira-kira pada pukul 8.30 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd. Annuar Zaini; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim.

Sementara itu, Imam utama Syed Mohd Muzzaffar Syed Azlan yang mengimamkan solat sunat menyampaikan khutbah bertajuk ‘Ibadah Korban – Bukti Takwa ke Hadrat Ilahi’.

Khutbah antara lain menyeru Umat Islam untuk menyambut Aidiladha dengan sifat kesyukuran di samping mengutamakan pengagihan daging korban kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Selesai solat sunat, Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya