Sultan Mizan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah - Utusan Malaysia

Sultan Mizan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah

SULTAN Mizan Zainal Abidin (enam, kanan) menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini, pagi ini.

Keberangkatan tiba baginda bersama Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Datuk Seri Muhammad Mua’az disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Seawal pukul  7.15 pagi, kira-kira 2,000 jemaah telah memenuhi pekarangan masjid tersebut.

Solat Sunat Aidiladha itu telah diimamkan oleh Mufti Terengganu, Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron yang turut menyampaikan khutbah yang bertajuk ‘Hakikat Hamba Dalam Ibadah Korban’.

Sultan Mizan sempat meluangkan masa kira-kira 20 minit bersalaman dengan jemaah.

Sebaik selesai menunaikan solat, Sultan Mizan Zainal Abidin dan anakanda baginda kemudiannya menziarahi makam diraja yang terletak bersebelahan masjid tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya