KALAU tak silap Cik Bunga, awal minggu lalu Sufian Suhaimi ada melancarkan lagu baharunya yang berjudul Menggenggam Bahagia. Sedap juga lagu itu, cuma, kalau nak tanya apa
kelainannya, jujur Cik Bunga katakan, tiada sangat.
Dari segi vokal, tak adalah pembaharuan mana, memang itulah identiti Sufian bukan? Cuma, semasa sedang berbual dengan rakan industri mengenai Sufian, Cik Bunga dikhabarkan penyanyi itu sedang memberi tanda isyarat istimewa menerusi lagu tersebut.
Tanda apa lagi kalau bukan nak tamatkan zaman bujang ye tak? Tak cuma itu, dengar-dengarnya, Sufian juga kebelakangan ini memang kerja keras, asyik fokus kepada kerja-kerja bisnesnya siang dan malam sampaikan wajahnya pun selalu kelihatan kepenatan.
Iyalah, Cik Bunga faham, lelaki kalau nak kahwin memang begitu. Bertungkus-lumus, usaha keras untuk mencari duit. Inilah yang dikatakan ‘effort’.
Tentang tarikh sebenar bila penyanyi ini nak tamatkan zaman bujang, itu Cik Bunga tak pasti. Cuma dengar-dengarnya memang tak lama sangat dah itu. Kita tunggu sajalah pengumuman Sufian sendiri ye tak?