Suami isteri maut, anak cedera kemalangan di LPT2 - Utusan Malaysia

Suami isteri maut, anak cedera kemalangan di LPT2

KEADAAN pacuan empat roda dinaiki pasangan suami isteri yang maut setelah terlibat  kemalangan di Kilometer 392.9, LPT2 Bukit Besi-Ajil, Hulu Terengganu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sepasang suami isteri maut manakala anak mereka cedera setelah pacuan empat roda dinaiki merempuh sebuah treler di Kilometer 392.9, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), Bukit Besi-Ajil, dekat sini, malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, Mohd. Ghani Ismail, 68, yang merupakan pesara kerajaan dan Minah Abdullah, 69, meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Sementara itu, anak mereka, Mohd. Hafizie Mohd. Ghani, 32, yang memandu kenderaan mengalami kecederaan patah kedua-dua belah kaki. 

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Hasmerra Hassan berkata, ketika kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan pulang dari arah Kuantan menuju ke Kampung Tok Rimau, Pengadang Buluh, Kuala Terengganu.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila Toyota Hilux dipandu Mohd. Hafizi secara tiba-tiba terlanggar sebuah treler membawa muatan hampas sawit yang berada di lorong kiri  dari arah belakang 

“Impak pelanggaran itu Mohd. Ghani yang berada di tempat duduk penumpang hadapan serta Minah penumpang belakang tersepit dan dikeluarkan pihak bomba dari kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan 

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik  Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya. Mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama bagi dapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Ujar Hasmerra lagi, pemandu treler berusia 64 dan kelindan berumur, 19, tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya