Suami isteri cuba pecah tabung masjid ditahan

Suami isteri cuba pecah tabung masjid ditahan

TANGKAP layar rakaman CCTV menunjukkan dua suspek cuba memecah tabung di Masjid Kuala Abang, Dungun, Terengganu, baru-baru ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sepasang suami isteri ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan cubaan mencuri dan memecah tabung Masjid Kuala Abang di sini pada minggu lalu.

Suspek lelaki berusia 26 tahun dan isterinya yang berumur 23 tahun disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 6 dan 8 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, imej disyaki kelibat kedua-dua suspek telah dikesan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diperiksa ahli jawatankuasa masjid tersebut pada Jumaat lalu.

“Berdasarkan rakaman CCTV, suspek lelaki disyaki mengunjungi masjid tersebut untuk memecah tabung pada pukul 10.14 pagi, 6 Jun dan 2 pagi, 8 Jun lalu.

“Suspek wanita pula dilihat membantu suaminya memecah tabung berkenaan namun usaha mereka gagal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, video dua minit empat saat yang memaparkan cubaan dua individu dipercayai suami isteri terbabit cuba memecah tabung Masjid Kuala Abang tular di media sosial.

Baharudin berkata, hasil ujian air kencing terhadap kedua-kedua suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis metafetamin manakala isterinya pula negatif. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 akta sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya