Status dedak ayam tidak halal isu lama - JPV

Status dedak ayam tidak halal isu lama – JPV

TANGKAP layar hantaran tular menerusi Whatsapp mengenai kononnya ada bahan haram diberikan dalam makanan ternakan ayam tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan hantaran tular mengenai konon status makanan ternakan tidak halal sebagai isu lama dikitar semula.

Menurusi kenyataan di sini, agensi itu menjelaskan yang isu berkenaan pernah muncul pada 2007 tetapi sudah dijawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2016.

“JPV berharap agar penulisan sedemikian dapat dihentikan sebarannya memandangkan penulis itu yang dikenali sebagai Dr. Saari tiada pun asas dalam dakwaannya,” katanya.

Malah agensi tersebut menambah, berdasarkan semakan dengan pihak Majlis Veterinar Malaysia, individu berkenaan dikesan tiada memiliki perakuan amalan tahunan semasa.

Ia merujuk penulisan yang tular melalui aplikasi sembang sosial Whatsapp berkaitan isu status halal makanan ternakan untuk ayam yang ditulis oleh Dr. Saari kononnya diragui.

Mengulas lanjut, JPV berkata, aktiviti pengilangan dedak adalah tertakluk kepada Akta Makanan Haiwan 2009 yang mengawal selia kualiti segala produk di pasaran tempatan termasuk aspek pengimportan, pembuatan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan serta bahan tambahan demi memastikan ia memenuhi keperluan nutrien ternakan.

Akta itu ujar JPV, juga menentukan dedak tidak memudaratkan haiwan dan tidak tercemar supaya ternakan berkenaan dan keluarannya pula selamat untuk dimakan oleh manusia.

“Kandungan bahan mentah untuk makanan ayam komersial terdiri majoritinya daripada jagung bijian (55 peratus) dan bijirin ‘soya bean meal’ (25 peratus),” jelas agensi itu lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya