SPM 2022: Jadikan keputusan penyuntik semangat 

SPM 2022: Jadikan keputusan penyuntik semangat 

CALON-CALON SPM 2022 meraikan kejayaan memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAZA), Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 supaya menjadikan keputusan diperoleh mereka hari ini sebagai penyuntik semangat.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mendoakan supaya semua calon SPM 2022 memperoleh keputusan yang cemerlang.

“Hari ini, semestinya dinanti dengan penuh debaran bagi semua calon-calon SPM 2022.

“Apa jua keputusannya nanti, jadikan keputusan hari ini sebagai penyuntik semangat bagi kejayaan masa akan datang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, seramai 10,109 orang daripada 373,974 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang semua A.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, jumlah calon cemerlang itu meningkat 2.7 peratus berbanding 9,696 orang pada SPM 2021.

Beliau berkata, seramai 75,322 calon atau 20.1 peratus pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian.

Dalam perkembangan sama, pencapaian calon bagi SPM 2022 merekodkan peningkatan apabila jumlah layak dapat sijil meningkat kepada 91.6 peratus.

MPP UiTM
AHMAD ZAHID HAMIDI

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa setiap calon SPM 2022 kerana tidak putus mendoakan kejayaan anak-anak mereka.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada barisan pendidik yang tidak pernah jemu menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi membantu pelajar mengharungi peperiksaan ini.

“Bangga dengan semua orang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN