SKMM perlu wujud undang-undang tegas bagi tangani berita palsu

SKMM perlu wujudkan undang-undang tegas bagi tangani berita palsu – Premier Sarawak 

ABANG Johari Tun Openg bercakap kepada pemberita mengenai undang-undang lebih tegas dalam menangani berita palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa perhalusi undang-undang berkaitan tindakan kepada penyebaran berita palsu dalam laman sosial secara bebas. 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, kebebasan mutlak dalam pergaulan seharian juga perlu diberikan pemantauan dan mempunyai had yang berpada agar tidak memudaratkan keadaan.  

“Kita mesti ada undang-undang seperti ini (kebebasan mutlak) dan perlu dikuatkuasakan oleh SKMM, justeru itu perkara seperti ini perlu ditegaskan dalam usaha menangani masalah penyebaran berita palsu.

“Bukan bermaksud timbul isu mengawal pengguna, tetapi perlu ada undang-undang kebebasan. Sama juga seperti kita jaga anak kita, ibu bapa tak dapat beri 100 peratus kebebasan kepada anak-anak, kalau diberi nanti mereka tak dengar cakap, sama juga prinsipnya perlu ada undang-undang yang mengawal perkara ini,” katanya ketika ditemui media hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung berita palsu di media sosial dan aplikasi WhatsApp menyentuh perihal status kesihatan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Pada Khamis, Setiausaha Sulit Yang Dipertua Negeri Sarawak, Junih Salleh Ahmad mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan status sebenar kesihatan Abdul Taib sekali gus menghentikan penularan berita palsu di media sosial.

“Pihak Astana Negeri Sarawak ingin memberi jaminan bahawa semua berita yang tular dan tidak disahkan, yang bukan dari Astana Negeri Sarawak mengenai kesejahteraan Tun Pehin Sri Abdul Taib dalam platform media sosial adalah palsu dan tidak benar sama sekali. 

“Pihak Astana Negeri Sarawak juga berharap menerusi kenyataan media ini, semua laporan dan khabar angin yang ditularkan mengenai Yang Dipertua Negeri Sarawak perlu dihentikan,” jelas Astana Negeri Sarawak pada Khamis.

Semalam, satu laporan polis turut dibuat bagi menghentikan penyebaran berita palsu yang tular berkaitan Abdul Taib.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak Astana mahu penularan berita palsu dihentikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya