IPOH: Sistem pengurusan dan penyelarasan pelaksanaan pertanian negara didakwa bercelaru sehingga menyebabkan pelbagai isu yang serius berlaku dalam semua peringkat pelaksanaan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penambahbaikan Sektor Pertanian Malaysia, Nordin Abdul Malek berkata, ia melibatkan sistem pengurusan di peringkat rantaian bekalan seperti tanaman makanan, ternakan ikan air tawar selain bekalan ayam. Malah jelas beliau, perkara sama berlaku di peringkat pembangunan modal insan iaitu latihan kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) pertanian serta pendidikan peringkat universiti. Menurutnya, bagi isu yang melibatkan rantaian bekalan makanan menyaksikan berlakunya kes…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya