Shuib, Watie kini suami isteri

Shuib, Watie kini suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hampir dua tahun menduda, pelawak dan penyampai radio, Shuib, akhirnya selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada majlis pernikahan di Putra Glass House, Putra Height, di sini, sebentar tadi.

Dengan sekali lafaz, pasangan itu sah bergelar suami isteri tepat pukul 8.48 malam, di hadapan 600 tetamu yang hadir.

Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah di hadapan
Penolong Pendaftar Pernikahan, Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Zubairi Ghazali.

Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Pada majlis itu, Watie atau nama lengkapnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menerima mas kahwin sebanyak RM8,288.

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad memberitahu majlis pernikahannya mendapat penajaan mencecah RM1.7 juta membabitkan penganjuran tiga majlis iaitu majlis khatam al-Quran, malam berinai dan akad nikah.

Majlis pernikahan itu akan disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.

Program tiga episod itu akan menemui penonton secara eksklusif bermula esok, pukul 9 malam di Astro Ria.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam, 6 Mei lalu.

Pada April lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.

Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya