Selangor umum Jumaat cuti sempena Aidiladha - Utusan Malaysia

Selangor umum Jumaat cuti sempena Aidiladha

HARIS KASIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengumumkan cuti tambahan pada 30 Jun (Jumaat) ini sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 29 Jun (Khamis).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim dalam satu kenyataan memaklumkan, pentadbiran Selangor bersetuju untuk memberikan kemudahan cuti tambahan selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951.

“Kemudahan cuti tambahan ini adalah khusus kepada semua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sahaja. 

“Walau bagaimanapun, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955,” katanya, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya