MENGIKUT sejarah dunia, konsert awam pertama pernah dilakukan oleh komposer muzik dan pemain biola, John Banister di London, pada 1672.
Tradisi itu kemudian berlangsung sehingga ke abad ini apabila menyaksikan penganjuran konsert di seantero dunia melibatkan pelbagai genre muzik.
Siapakah yang layak dinobatkan sebagai penganjur konsert terbesar di dunia dan apakah konsert terbesar dalam sejarah muzik?
Konsert Rod Stewart
Lokasi: Pantai Copacabana, Brazil
Tarikh: 31 Disember 1994
Jumlah penonton: 3.5 juta
Konsert legenda penyanyi rock dari British, Rod Stewart ini diadakan pada malam ambang tahun baharu di bandar Rio de Janeiro.
Dihoskan oleh syarikat MTV, dianggarkan seramai 3.5 juta penonton menghadiri konsert tersebut dengan dua juta daripadanya adalah golongan wanita.
Menariknya, konsert ini dianjurkan sebagai hadiah kepada golongan miskin yang tidak mampu membayar tiket yang mahal bagi menghadiri konsert berbayar.
Konsert Oxygene in Moscow
Lokasi: Moscow
Tahun: 1997
Jumlah penonton: 3.5 juta
Antara artis utama yang membuat persembahan semasa konsert itu ialah penyanyi popular dari Perancis, Jean-Michael Jarre.
Bertempat di Moscow State University, konsert ini diserikan dengan persembahan bunga api, pancaran laser dan upacara memperingati kematian Puteri Diana yang maut akibat kemalangan jalan raya. Lokasi tersebut sangat ideal bagi menampung jumlah penonton yang sangat ramai.
Konsert Paris La Defense
Lokasi: Perancis
Tahun: 1990
Jumlah penonton: 2.5 juta
Berdasarkan rekod Guinness Book of Records, konsert yang dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan Perancis dan beberapa usahawan ternama diiktiraf sebagai konsert ketiga terbesar di dunia.
Bertempat di Paris yang merupakan ibu negara Perancis, konsert itu diadakan sempena cuti Hari Kebangsaan pada 1990, yang menampilkan penyanyi negara itu sendiri, Jean-Michael Jarre.
Konsert Monsters of Rock
Lokasi: Moscow, Russia
Tahun: 1991
Jumlah penonton: 1.6 juta
Judul nama konsert ini sahaja sudah memberi gambaran ia dianjurkan khusus buat peminat tegar muzik rock.
Diadakan sempena karnival muzik tahunan yang bermula di England, kemudian ia merebak ke negara lain seperti Belanda, Sepanyol, Itali, Jerman dan Perancis.
Dianggap sebagai konsert keempat terbesar dalam sejarah dunia, kira-kira 1.6 juta hadir menyaksikan persembahan daripada kumpulan rock teragung seperti Metallica, The Black Crowes, Pantera dan AC/DC.
Dianjurkan di Lapangan Terbang Tushino, konsert ini dikawal ketat tentera Soviet dan helikopter pasukan keselamatan kelihatan berterbangan di ruang udara Moscow.
Konsert The Rolling Stones
Lokasi: Rio de Janeiro
Tahun: 2006
Jumlah penonton: 1.5 juta
Legenda rock dunia, The Rolling Stones menganjurkan siri jelajah konsert A Bigger Bang di beberapa lokasi di seluruh dunia antara tahun 2005 hingga 2007.
Siri jelajah itu bagi mempromosikan album mereka berjudul A Bigger Bang yang merupakan album terlaris sepanjang zaman.
Konsert di Rio de Janeiro, pada Februari 2006 mencatatkan rekod kehadiran 1.5 juta penonton.