Saya masih ada dan dekat di hati peminat - Firman Siagian - Utusan Malaysia

Saya masih ada dan dekat di hati peminat – Firman Siagian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Indonesia, Firman Siagian teruja untuk kembali bertemu peminat di Malaysia yang selama ini tetap menyokong karier seninya yang kini berusia hampir dua dekad.

Jelasnya, peluang untuk menghiburkan peminat tempatan tidak pernah ditolak apatah lagi, dia kini bergabung suara dengan kumpulan popular negara republik itu, ST12.

“Sya gembira dan bersyukur kerana diberi peluang beraksi di Konsert Reunion ST12/20 Tahun Charly Berkarya di Axiata Arena, Bukit Jalil Mac lalu.

“Sambutan yang diberikan sangat hebat. Konsert itu adalah peluang terbaik saya untuk kembali mendekati peminat di Malaysia.

“Malah, peminat yang hadir juga turut sama menyanyikan lagu-lagu saya. Itu menjadi bukti saya dekat dan masih di hati mereka,” ujarnya.

Firman juga berkongsi, dia bakal menjayakan Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) Ke-17 pada 24 Jun ini bertempat di Laman MBPJ dekat hadapan Ibu Pejabat MBPJ, Jalan Yong Shook Lin.

“Saya terharu diundang menyertai persembahan ini. Sebagai penyanyi saya berpegang kepada satu tujuan iaitu melakukannya seikhlas hati untuk peminat dan semua yang terbabit.

“Tidak kiralah di mana sekali pun, saya tetap akan memastikan peminat yang datang pulang dengan perasaan terhibur dengan persembahan saya,” katanya.

Selain Firman, penyanyi Indonesia, Nabila Maharani juga akan menghiburkan peminat dengan persembahan istimewa di samping penampilan Neeta Manis, Mr 5k dan Aliff Aziz.

Program yang dirasmikan oleh Datuk Bandar, Mohamad Azhan Md Amir dengan tema PJ Love U akan turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik lain.

Antaranya acara PJ Smart Ride pada 25 Jun, yang menyaksikan selebriti popular, Baggio Damasutra bakal memberi cabaran dalam pertandingan kayuhan berbasikal sejauh 45km.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya