Satu maut, satu lagi parah kenderaan bertembung

Lelaki maut, seorang lagi parah kenderaan bertembung di Jalan Kota Tinggi-Kluang

KERETA Mitsubishi Xpander bertembung dengan Nissan Almera dalam kejadian berhampiran Felda Ulu Penggeli di Kluang, Johor, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Felda Ulu Penggeli dekat sini, pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian pada jam 3 pagi itu melibatkan kenderaan Nissan Almera dan Mitsubishi Xpander.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian, Nissan Almera dari arah Kota Tinggi manakala Mitsubishi Xpander dari arah Kluang.

“Semasa tiba di tempat kejadian, Nissan Almera dipercayai tiba-tiba hilang kawalan sehingga masuk ke laluan Mitsubishi Xpander.

“Akibat jarak terlalu dekat Mitsubishi Xpander cuba mengelak ke kanan jalan tetapi terus bertembung dengan Nissan Almera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, pemandu Nissan Almera dikenali sebagai Mohd. Solehin, 30-an, beralamat di Kulai cedera parah dan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) di sini pada jam 4.44 pagi.

Mananaka pemandu Mitsubishi Xpander, Abdul Muiz, 20-an, beralamat di Mersing cedera parah di badan dan kini berada di Zon Merah HEBHK.

Ujarnya, semasa kejadian cuaca baik tetapi keadaan jalan gelap dan kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbabit remuk di bahagian hadapan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya