Samakan isu pemilikan tanah Melayu di Pulau Pinang dengan Palestin tuduhan liar, tak berasas - Utusan Malaysia

Samakan isu pemilikan tanah Melayu di Pulau Pinang dengan Palestin tuduhan liar, tak berasas

CHOW Kon Yeow pada sidang akhbar selepas majlis perasmian dan penyerahan pusat transit gelandangan Pulau Pinang, di George Town hari ini. - Pic: FB CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menyifatkan tindakan pihak tertentu yang menyamakan situasi pemilikan tanah milik orang Melayu di negeri itu dengan kehilangan tanah penduduk Palestin kepada Israel sebagai tuduhan liar dan tidak berasas.

Malah, Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata, dakwaan itu juga tidak benar sama sekali.

“Semestinya tidak betul, satu tuduhan yang liar, yang tidak berasas,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dan penyerahan pusat transit gelandangan Pulau Pinang di sini hari ini.

Kon Yeow ditanya mengenai kenyataan Pas melalui saluran medianya yang seolah-olah mengaitkan isu pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang dengan keadaan di Palestin serta Israel.

Dalam kenyataan itu, Pas menyatakan kajian pada 2010 mendapati pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang hanya sekitar 27 peratus.

Malah dakwa kenyataan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga sedang menjalankan ‘rampasan secara sistematik’ dalam mengambil alih kawasan-kawasan yang pada asalnya dihuni oleh orang Melayu.

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan negeri mempunyai statistik berkenaan pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang, Kon Yeow berkata, statistik yang dilakukan kadang-kala tidak dibuat mengikut kaum khususnya berkaitan pemilikan tanah di negeri itu.

“Kita kadang-kala tak simpan statistik mengikut kaum pun khususnya pemilikan tanah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya