Salam Baitullah guna teknologi CGI dekati penonton

Salam Baitullah guna teknologi CGI dekati penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah tontonan rancangan tonggak terbitan RTM, Salam Baitullah musim ke-15 dijangka meningkat menerusi pelbagai pembaharuan yang dilakukan termasuk penggunaan teknologi imej janaan komputer (CGI).

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman, berkata, pihaknya optimis selepas jumlah tontonan tahun lalu mencecah hampir sembilan juta sepanjang 15 episod bersiaran.

Jelasnya, RTM sentiasa komited memberikan yang terbaik termasuk mengoptimumkan penggunaan media digital sebagai medium penyampaian info berkenaan ibadah haji yang dilakukan umat Islam pada setiap tahun.

“Dengan jumlah tontonan direkodkan sejak beberapa tahun lalu, RTM juga berjaya menarik minat penonton dalam kalangan generasi muda. Apa yang paling penting adalah bagaimana kami meletakkan RTM dengan jenamanya yang tersendiri.

“Pendekatan dan cara penceritaan yang diambil ketika ini juga perlu disesuaikan dengan keadaan semasa termasuk mengambil pendekatan seiring dengan teknologi semasa,” katanya semasa sidang akhbar program Salam Baitullah di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.

Salam Baitullah kembali menemui penonton untuk musim ke-15 yang akan bermula esok sehingga 30 Jun ini dengan liputan dan maklumat terkini keadaan umat Islam di Tanah Suci Mekah.

Program yang mula bersiaran untuk musim pertama pada 2009 itu akan disiarkan secara langsung sebanyak 15 episod di saluran TV1, Berita RTM, 123 My TV dan RTMKlik pada musim kali ini.

Melihatkan trend semasa penonton dalam media sosial ketika ini, Salam Baitullah turut disiarkan secara langsung menerusi platform Youtube dan TikTok setiap hari bermula esok pada pukul 8.20 malam.

Bertemakan Penyucian Jiwa, Kemuncak Ibadah, Salam Baitullah menampilkan pendakwah sebriti, Hariz Ismail yang akan bergandingan bersama anggota kumpulan UNIC, Fakrul Razi, manakala, Yatt Hamzah akan mengemudi segmen Media Sosial di Youtube dan TikTok.

Rancangan itu turut membariskan panel pendakwah terkemuka negara yang bakal memperincikan mengenai ibadah haji dalam setiap episod.

Musim ini, RTM menghantar dua tenaga produksi berita ke Mekah sebagai petugas media Tabung Haji iaitu wartawan, Mohd Faiz Shauqi Md Roziki dan Annaz Md Nor termasuk jurukamera, Mohammad Azrul Amir Hamzah dan juruteknik, Mod Rafiudin Mohd Nordin.

Bingkisan khas dari Tanah Suci dapat disaksikan menerusi segmen yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan penonton.

Rancangan itu akan mengupas perjalanan ibadah haji bermula daripada persediaan awal hinggalah pada Hari Wukuf serta lintas langsung perkembangan terkini jemaah haji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya