Sada Borneo mahu lahirkan lebih ramai generasi baharu

Sada Borneo mahu lahirkan lebih ramai generasi baharu berjinak alat muzik tradisional tempatan

: KUMPULAN pemuzik tempatan Sada Borneo dan Nikita Sarna (duduk kiri) di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF), Damai Santubong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kumpulan pemuzik tempatan Sada Borneo berhasrat mahu lahirkan lebih ramai generasi baharu menguasai alat muzik tradisional tempatan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemain alat muzik sape, Hallan Hashim berkata kumpulannya kini giat melakukan kerjasama dengan suku kaum lain di negara ini bagi mengasah bakat anak-anak muda dalam muzik tradisional.

“Memang kumpulan Sada Borneo mengenengahkan alat muzik tradisional sape yang berasal dari Sarawak. Namun, dalam usaha kita mengembangkan industri muzik tempatan kita mahu libatkan semua suku kaum yang ada di negara ini.

“Ini sekali gus dapat melahirkan generasi muda berminat dalam bermain alat muzik tradisional. Malah sekarang sudah ramai yang berkecimpung bermain alat muzik tradisional suku kaum masing-masing,” ujarnya dalam kepada Utusan Malaysia pada Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) hari pertama di Damai Santubong semalam.

Dedahnya lagi, sejak penglibatan mereka yang berjaya memukau juri di acara saringan Asia’s Got Talent pada tahun 2015 dan telah bertanding di peringkat separuh akhir dengan bakat-bakat dari negara Asia, penggiat industri muzik dari negara luar telah minat mempelajari alat muzik tradisional sape.

“Penggiat industri muzik sertai kelas bermain alat tradisional sape yang kita anjurkan. Penglibatan ini rata-ratanya dari luar negara yang telah menarik mendengar alunan muzik sape Sarawak. Ini satu kebanggaan kumpulan kita (Sada Borneo) dalam mengenengahkan alat muzik tradisional Sarawak ke persada dunia,” ujarnya.

“Penggiat industri muzik telah ramai menyertai kelas bermain alat tradisional sape yang kita anjurkan. Penglibatan ini rata-ratanya dari luar negara yang telah menarik mendengar alunan muzik sape Sarawak.

“Maka, ini adalah satu kebanggaan kumpulan kita (Sada Borneo) dalam mengetengahkan alat muzik tradisional Sarawak ke persada dunia,” tambhanya lagi.

Pada masa yang sama, kumpulan tersebut turut berkongsi keterujaan untuk membawakan persembahan mereka di pentas RWMF 2023.

“Secara jujurnya pada awal permulaan kumpulan muzik Sada Borneo ini, sememangnya untuk penyertaan ke festival RWMF, akan tetapi malangnya sentiasa tidak mendapat peluang.

“Maka dengan beberapa tahun ini penyertaan kami di dunia, barulah kita telah berpeluang untuk menayangkan bakat seni muzik tradisional Sarawak di pentas festival RWMF tahun ini,” katanya.

Untuk rekod, Sada Borneo kali ini akan mempersembahkan kesemua album muzik yang telah dihasilkan buat para pengunjung ke acara RWMF yang bakal berlangsung dari 23 hingga 23 Jun 2023 (Jumaat hingga Ahad).

Antara kelainan yang bakal dibawa oleh pemuzik tempatan Sada Borneo kali ini adalah penampilan bersama Nikita Sarna, gadis kecil berusia 12 tahun yang merupakan peserta termuda tampil membuat persembahan di hadapan ribuan penonton tempatan dan antarabangsa dalam edisi RWMF kali ke-26 ini.

Dengan penglibatan beliau, festival RWMF secara tidak langsung menjadi platform membuka peluang untuk mencungkil bakat baharu, terutama yang berpotensi besar untuk diketengahkan.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, Nikita Sarna, 12 berkata beliau amat teruja sekali untuk menayangkan kepada para pengunjung alunan muzik tradisional sape Sarawak, pada masa yang sama mahu menjadikan inspirasi kepada generasi muda agar berkecimpung dalam industry muzik tradisional.

“Pada awalnya saya juga telah mengikuti kelas muzik yang dianjurkan oleh kumpulan Sada Borneo dan banyak mempelari sebenar alat muzik sape, sehingga membuatkan saya jatuh cinta dengan alunan muzik sape ini.

“Justeru itu, penglibatan ini amat perlu dibanggakan kerana dapat bermain satu pentas bersama kumpulan pemuzik tempatan iaitu Sada Borneo yang sudah terkenal di dunia,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya