PETALING JAYA: Penyanyi popular era 90-an, Rohana Jalil, 68, menghembuskan nafas terakhirnya pukul 11.33 malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Berita duka tersebut dikongsi penyanyi, Haiza kepada Utusan Malaysia sebentar tadi.
Kongsi Haiza, rakan artis antaranya Liza Abdullah yang ketika ini sedang bersama Allahyarham di hospital mengesahkan berita duka tersebut.
Tambah Haiza, sebelum itu, sesi bacaan Yassin dan doa selamat diadakan secara dalam sekitar pukul 8.30 malam tadi yang turut disertai rakan-rakan atis dan peminat serta media.
Penyanyi yang popular dengan lagu Rayuanku itu menghembuskan nafas terakhirnya di samping suami dan anak-anaknya termasuk pelakon, Kilafairy.
Terdahulu, Allahyarham dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada April lalu selepas mengalami kebocoran usus.