RM5 juta untuk pelancongan agro Perak - Utusan Malaysia

RM5 juta untuk pelancongan agro Perak

MOHD. Zolkafly Harun (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian di antara Ketua Pegawai Operasi Perak SADC, Mohd Kahar Mukktarudin (dua dari kiri) dan Muhammad Haidzar Al Yahya pada majlis di Batu Gajah hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Sebanyak RM5 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) tahun ini bagi meneroka sektor pelancongan agro di negeri ini.

Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, usaha tersebut dilaksanakan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan selain bergantung kepada komoditi kelapa sawit dan pertanian.

Menurutnya, PPPNP juga sebelum ini bergiat secara proaktif memperluaskan bidang pelancongan agro dan ekopelancongan di beberapa tempat antaranya Perak Agrotourism Resort (Patro) Sungai Galah, Taman Herba, Masoorat Heritage Park, Denai Kabus dan Ulu Piah.

“Kesemua lokasi ini juga menampilkan pelbagai aktiviti yang mampu menarik kehadiran pengunjung seperti eksplorasi gua, camp site, berbasikal, ATV, memancing, herb tour dan sebagainya,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama di antara Perak SADC dengan Papan Agro Valley Sdn Bhd di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Yahanis Yahya dan Pengurus Besar Kanan Papan Agro Valley Sdn Bhd, Syed Muhammmad Haidzir Al Yahya Syed Kamal Al Yahya.

Menurut Mohd Zolkafly, PPPNP juga dalam perancangan untuk melancarkan program agro dan ekopelancongan dengan kerjasama Tourism Perak serta beberapa agensi lain di Hulu Perak pada penghujung tahun ini sempena Tahun Melawat Perak 2024.

“Objektif utama program ini dilaksanakan untuk membuka ruang kepada pemain industri mempromosi produk-produk pelancongan mereka kepada masyarakat sekaligus menjana pendapatan masing-masing,” katanya.

Mohd Zolkafly berkata, sebagai tambahan Perak SADC juga akan membangunkan satu lagi projek seumpamanya serta tanaman integrasi di kawasan Papan, Pusing di sini.

“PPPNP juga akan membangunkan satu lagi projak pembangunan agro dan ekopelancongan serta tanaman integrasi di kawasan Papan yang diharap mampu memberi nilai tambah sekaligus mengembangkan lagi industri agro dan eko pelancongan di Perak.

“Diharap dengan projek pembangunan di kawasan ini juga mampu menjadi daya tarikan baharu khususnya kepada pengunjung domestik dan luar negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya