RM5.5 juta peruntukan dilulus sedia mesin CT di HBM - Utusan Malaysia

RM5.5 juta peruntukan dilulus sedia mesin CT di HBM

STEVEN Sim Chee (kanan) ketika mengadakan lawatan kerja di HBM, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi melaksanakan perolehan sebuah mesin imbasan tomografi berkomputer (CT) untuk keperluan Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata, permohonan berhubung perolehan mesin berkenaan berjaya diluluskan selepas berdepan dengan pelbagai kekangan sejak permohonan dibuat lapan tahun lalu.

“Setiap tahun, kira-kira 6,000 kes yang memerlukan penggunaan mesin imbasan CT di hospital ini perlu dirujuk ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Ini susulan HSJ dan Hospital Pulau Pinang (HPP) sahaja yang mempunyai kemudahan mesin berkenaan setakat ini.

“Justeru, kerja-kerja pentadbiran sudah bermula dan kita jangka tender perolehan turut akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa hampir sejam melawat hospital berkenaan hari ini.

Yang hadir sama Pengarah HBM, Dr. Goh Hin Kwang dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Fazilah Shaik Alaudin.

Dalam pada itu, Dr. Goh berkata, mesin imbasan CT penting untuk mengesan kecederaan otak pesakit akibat kemalangan atau penyakit angin ahmar.

“Pesakit akan dibawa ke HSJ menggunakan ambulans yang akan mengambil masa kira-kira 20 minit dan sekiranya positif berlaku pendarahan, pesakit akan dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, tempoh rawatan dapat dipendekkan sekiranya pesakit dapat didiagnos terus di sini sekali gus meningkatkan peluang untuk sembuh,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya berharap mesin imbasan CT itu dapat digunakan selewat-lewatnya tahun depan bagi membolehkan lebih ramai pesakit dapat dirawat dengan kadar segera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya