RM5.2 juta kerugian akibat phone scam di Kedah

RM5.2 juta kerugian akibat phone scam di Kedah

FISOL SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah kes penipuan melalui telefon atau phone scam di negeri ini meningkat sebanyak 25 peratus dengan 125 kertas siasatan dibuka berbanding 100 dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, kerugian yang dicatatkan juga meningkat dalam tempoh tersebut iaitu RM5.2 juta berbanding RM2.2 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

“Kadar kes jenayah komersial terutamanya penipuan yang semakin meningkat di negara ini amat membimbangkan. Antara kes yang semakin meningkat di Kontinjen Kedah adalah kes yang melibatkan modus operandi phone scam.

“Peningkatan kes sebanyak 25 peratus dan jumlah kerugian dua kali ganda berbanding tahun lalu harus diambil langkah yang lebih efektif dan berkesan untuk menyedarkan serta mendedahkan kepada orang ramai tentang modus operandi yang terkini dilakukan oleh sindiket penipuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Fisol menasihatkan orang ramai agar tidak menjawab panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali dan tidak menekan mana-mana pautan sama ada diterima melalui mesej, media sosial dan emel.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mendedahkan dan berkongsi apa-apa data perbankan yang dimiliki dengan pihak ketiga serta tidak membenarkan mana-mana akaun bank di bawah milikan diakses dan diserahkan kepada individu lain,” ujarnya.

Katanya, pelbagai program pencegahan jenayah komersial dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) bagi membanteras peningkatan jenayah terbabit.

“Bagi tahun 2023, JSJK Kedah merangka dan mengambil pendekatan untuk mengadakan program Jelajah Kempen Anti Scam JSJK Kedah dengan kerjasama Bank Muamalat sebagai satu langkah membanteras dan mencegah jenayah komersial khususnya berkaitan kes penipuan melibatkan perbankan,” katanya.

Fisol berkata, program jelajah itu melibatkan konvoi 50 motosikal dengan penyertaan daripada warga JSJK Kontinjen Kedah bermula dari IPK Kedah ke Kuala Muda, Kulim, Baling, Kota Setar dan Kubang Pasu.

“Tujuan utama program jelajah ini diadakan adalah untuk bersama-sama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) daerah bagi mengadakan Program Sembang Santai di lokasi-lokasi yang diatur bersama masyarakat setempat. 

“Ini bertujuan untuk berkongsi maklumat-maklumat atau isu-isu berkaitan kes jenayah komersial di daerah berkenaan dan mengambil peluang untuk mendedahkan kepada penduduk setempat langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil,” jelasnya.

Jelasnya, maklumat berkaitan isu terkini jenayah komersial boleh diperoleh melalui aplikasi Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan JSJK Kontinjen Kedah. Aduan juga boleh disalurkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NCRC) melalui talian 997. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya