Rizam sedia pertahan DUN Sungai Air Tawar - Utusan Malaysia

Rizam sedia pertahan DUN Sungai Air Tawar

Sungai Air Tawar
RIZAM Ismail (tengah) bersama 500 peserta konvoi itu di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail bersedia menjadi calon bagi mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam itu berkata, beliau sentiasa bersdia sekiranya terpilih mewakili Barisan Nasional (BN) bagi penggal kedua sejak 2018.

“Semua perkara itu bagaimanapun terserah sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti untuk memuktamadkan keputusan.

“Bagi peringkat UMNO Bahagian (Sabak Bernam), kita sedia menerima semua arahan pucuk pimpinan dan menerima sesiapa saja nama yang bakal dicalonkan kelak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Konvoi DUN Sungai Air Tawar, hari ini.

Jelas Rizam yang juga Ketua Pembangkang Selangor, fokus beliau kini memastikan gabungan Kerajaan Perpaduan terus mendapat sokongan dan mandat rakyat negeri ini.

“Fokus utama BN adalah memastikan jentera dan semua sayap bergerak mendekati pengundi supaya terus yakin dengan pentadbiran Kerajaan Madani. Biarpun pernah menjadi pembangkang, kita telah memberi perkhidmatan sebaik mungkin kepada masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar,” ujarnya.

Ditanya sama ada kerusi DUN itu kekal milik BN hasil rundingan bersama Pakatan Harapan (PH), beliau menyerahkan perkara itu kepada pimpinan kedua-dua parti bagi menentukannya.

“Saya tidak berada dalam rundingan kerusi itu namun sudah pasti kita harap kerusi ini kekal kepada BN yang menang pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.

Untuk rekod, Rizam yang mewakili BN memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 1,440 undi pada PRU14 lalu. Pertembungan tiga penjuru menyaksikan beliau memperoleh 5,437 undi dengan menewaskan calon Pas, Zamri Yahya dan Mohd. Hamizar Sulaiman (PH). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya