Remaja maut dipanah petir

Remaja maut dipanah petir

BOT yang dinaiki mangsa dan bapanya sebelum dipanah petir ketika menarik ketam di Pulau Merambong, Iskandar Puteri, Johor, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut dipercayai terkena panahan petir berdekatan Pulau Merambong di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi ketika mangsa dikatakan sedang mendapatkan pelampung untuk menarik jaring yang dipasang bagi tujuan menangkap ketam.

Beliau berkata, ketika kejadian berlaku, mangsa bersama bapanya menaiki bot sebelum dipanah petir dalam keadaan hujan lebat.

“Ketika kejadian, mangsa bersama bapanya yang berusia 60 tahun berada dalam bot berkenaan bagi menarik jaring yang dipasang semalam untuk menangkap ketam. 

“Ketika mangsa dipanah petir, bapa mangsa tidak cedera, namun tercampak ke hujung bot berdekatan enjin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bapa mangsa cuba menyelamatkan mangsa dengan menarik tangan anaknya itu sebelum dibantu nelayan yang berada berhampiran tempat kejadian.

Katanya, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mangsa tidak bersekolah dan bekerja sebagai nelayan bersama bapanya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya