Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Sungai Terengganu - Utusan Malaysia

Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Sungai Terengganu

ANGGOTA bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat Muhammad Adam Shazwan Mokhtar yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu di Kampung Dusun, Hulu Terengganu, Terengganu, petang tadi. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya di Sungai Terengganu dekat Kampung Dusun, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Muhammad Adam Shazwan Mokhtar dipercayai tiba-tiba hanyut ketika sedang berenang bersama seorang rakannya.

Menurut rakannya, Putra Azim Fahmi Azmi, 16, dia bersama mangsa dan tiga rakannya yang lain tiba di sungai tersebut kira-kira pukul 2 petang.

“Ketika mandi, saya dan Muhammad Adam kemudiannya berenang ke seberang sungai dan kira-kira setengah jam kemudian kami ingin kembali semula ke sebelah tebing.

“Namun ketika itu paras sungai semakin meningkat, selain arus juga menjadi deras dan Muahmmad Adman secara tiba-tiba hanyut. Saya tidak sempat berbuat apa-apa untuk selamatkannya kerana kejadian berlaku begitu cepat.

“Saya cuma terdengar dia menjerit meminta tolong dan melihat Muhammad Adam tenggelam timbul beberapa kali sebelum terus hilang dari pandangan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Hasmerra Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.08 petang.

Katanya lagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa kini sedang giat dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya