Reen Rahim 'tangguh' hasrat hamil, terikat kontrak - Utusan Malaysia

Reen Rahim ‘tangguh’ hasrat hamil, terikat kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Reen Rahim terpaksa ‘menangguhkan’ hasrat untuk menimang cahaya mata buat sementara waktu berikutan terikat dengan kontrak yang telah ditandatangani sebelum mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun kongsi Reen, dia bersyukur suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 29, memahami komitmen kerja yang telah dipersetujui dan menyerahkan soal anak kepada Tuhan selepas tamat kontrak.

“Alhamdulillah, setakat ini belum ada yang tanya soal anak. Lagipun itu antara perkara dan soalan sensitif. Soal rezeki ini, kita tak boleh main terjah tanya orang.

“Cuma buat masa sekarang, say tidak boleh hamil kerana terikat dengan kontrak. Jadi soal memiliki cahaya mata terpaksa saya dan suami tanggukan buat sementara waktu.

“Suami sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya seni saya, Selepas tamat kontrak nanti, kalau soal anak, kami serahkan sepenuhnya kepada Allah,” katanya.

Reen yang sedang giat mempromosikan filem baharu lakonannya, Sue-On berkata, dia percaya kepada susunan hidup Tuhan yang pasti lebih baik daripada perancangan manusia.

“Kami percaya, semuanya sudah tertulis dengan cukup baik buat kami. Jodoh saya dan suami juga diaturkan oleh Tuhan.

“Jadi apa sahaja yang buat kami gembira, kami lalui bersama dengan tenang dan yakin itu yang terbaik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Reen juga menyangkal dakwaan segelintir warganet yang meyangka dia kini memberi fokus terhadap perniagaannya sehingga tidak lagi aktif dalam dunia lakonan.

“Insya-Allah, sekiranya produk saya berjaya sekali pun saya akan terus berlakon, Tidak ada noktahnya.

“Cuma sekarang komitmen sebagai usahawan memang menuntut masa yang banyak,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya