Rancangan kejutan hari jadi bertukar detik menyedihkan - Utusan Malaysia

Rancangan kejutan hari jadi bertukar detik menyedihkan

GAMBAR kenangan Norezab Rejab (kanan, duduk) bersama tiga anak lelakinya (berdiri, belakang) ketika Hari Raya Aidilfitri lalu. Ketiga-tiga mangsa maut dalam kemalangan ngeri di Kampung Sepakat, Kuala Rompin di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: “Semalam (kelmarin) merupakan hari jadi Ahmad Jazuly dan kami sekeluarga memang mahu menyambutnya pada sebelah malam tetapi tidak sangka pula kejadian (kemala­ngan) ini berlaku”.

Demikian jelas Nur Faqihah Abu Bakar, 16, mengenai pe­rancangan mereka sekeluarga membuat kejutan bagi sambutan hari jadi Ahmad Jazuly yang merupakan anak keempat daripada lima beradik.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan tiga beradik maut selepas lori dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kren di Kilometer 136 Jalan Kuantan-Johor Bahru kira-kira pukul 7.19 malam kelmarin.

Mangsa yang terkorban, Muhammad Firdaus, 28; Muhammad Solihin, 21, dan Ahmad Jazuly, 17.

Nur Faqihah yang juga adik bongsu berkata, keluarga sudah merancang untuk menyambutnya pada sebelah malam.

“Sebelumnya abang, Muhammad Firdaus dan kakak, Siti Fatimah, 22, balik dan pada tengah­ hari emak masak kari ayam yang me­rupakan kegemaran abang.

“Namun sebelum kejadian, abang, emak dan kakak sudah pergi ke Setajam bagi membantu mengusahakan sawah manakala saya berada di rumah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Rompin di sini.

Nur Faqihah berkata, abang sulungnya, Muhammad Firdaus yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) memang rapat dengan Muhammad Solihin dan Ahmad Jazuly.

Katanya, semasa kejadian, ketika bergerak ke Setajam pada mulanya abang sulung menaiki kereta bersama kakak dan ibunya sebelum menaiki lori bersama dua lagi abang untuk balik ke rumah di Kampung Sungai Kolek.

“Semasa pulang kakak singgah di stesen minyak bersama ibu dan abang pula meneruskan perjalanan. Memang kami tak sangka kejadian ini berlaku.

Terdahulu, ibu kepada ketiga-tiga mangsa, Norezah Rejab, 51, yang hadir di pekara­ngan Jabatan Forensik Hospital Rompin ditenangkan sanak saudara.

Ketiga-tiga anaknya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Setajam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya