Ramalan ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga 2 petang

Ramalan ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga 2 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di empat negeri, sehingga pukul 2 petang ini. 

Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal di kebanyakan tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Langkawi, Yan dan Kuala Muda); Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang),” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Menurut Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya