Raikan semua platform, tidak lupa asal permulaan - Nabila Huda - Utusan Malaysia

Raikan semua platform, tidak lupa asal permulaan – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MESKIPUN sibuk mengurus keluarga dan kerjaya, pelakon, Nabila Huda, 38, tetap penuhi pelawaan untuk diabadikan sebagai wajah sampul hadapan Pancaindera buat kali ini.

Nabila mesra disapa sebagai Abil, hadir ke pejabat Media Mulia membawa aura ceria.

Walaupun masih berperang dengan jet lag selepas pulang dari di New York, Amerika Syarikat kirakira seminggu lalu, Abil kekal bersemangat.

Malah, pelakon ini membisikkan rasa teruja sementelah sekian lama tidak melakukan sesi fotografi untuk akhbar.

Nabila beberapa kali muncul di platform OTT, bermula dengan drama bersiri KL Gangster Underworld, kemudian Black dan terbaru Alter-Naratif yang ditayangkan di platform Viu.

Ruang bicara kami antara lain berkisar tentang itu. Meskipun semakin kerap menerima tawaran berlakon untuk platform berkenaan, anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini tidak menyisihkan awaran berlakon drama untuk tayangan stesen televisyen (TV) tempatan.

“Saya tidak pernah lupa permulaan saya yang satu ketika dahulu, dikenali dengan dramadrama yang ditayangkan di stesen TV. Bahkan saya akui saya membesar dengan platform tersebut.

Malah, saya tidak akan berada pada kedudukan saya sekarang tanpa penglibatan dalam drama TV. “Cuma sekarang saya seimbangkan penglibatan di semua platform, baik TV, OTT, teater, filem dan sebagainya. Itu cara saya perbaiki mutu lakonan.

Jadi, dalam kerjaya saya, tidak ada istilah beralih ke OTT sepenuhnya kerana saya masih berlakon dalam semua platform,” jelasnya.

Nabila nampak akan kelebihan semua platform termasuk OTT yang menghadirkan jalan cerita serta karakter yang berlainan dan diluar kotak.

Katanya, penglibatan dalam semua platform adalah penting untuk perkembangan kerjaya seseorang pelakon.

“Mereka yang mengikuti perkembangan lakonan saya tentu melihat perbezaan karakter yang saya bawakan di setiap platform. Kalau drama TV, saya sinonim dengan watak jenis ‘air mata’ manakala untuk filem, saya lebih dikenali dengan genre misteri dan seram.

“Untuk platform OTT pula, saya berpeluang untuk teroka karakter dan penceritaan berlainan seperti menjadi seorang doktor menerusi drama Black selain berlakon dalam cerita fiksyen sains untuk drama Alter-Naratif.

“Sebagai pelakon, kita kena teroka semua platform. Paling penting jangan sisihkan tawaran drama TV hanya disebabkan watak dan jalan ceritanya sama,” jelasnya.

TAKUT KEHILANGAN

BERCERITA tentang kehidupan, ternyata, Nabila dalam fasa bahagia, menguruskan suami dan anak selain sibuk dengan bidang lakonan yang dicintainya.

Katanya, dia bersyukur dengan kelebihan kurniaan Allah SWT. Hidup seorang Nabila Huda lengkap dengan nikmat kebahagiaan yang akhirnya dalam genggaman.

“Alhamdulillah, saya selesa dengan apa yang saya miliki sekarang. Keluarga, kerjaya… semuanya.

“Tiada apa lagi yang saya kejarkan. Kalau Tuhan nak berikan sesuatu yang lebih baik, saya terima,” katanya.

Namun, Nabila akui dia takut pada kehilangan, lebih-lebih lagi membabitkan insan-insan yang disayanginya.

“Ketakutan itu merungsingkan, adakala saya menghingtung detik dalam risau, entah bila akan saya rasakan kehilangan itu sebab sekarang saya terlalu selesa dan bahagia.

“Tak dapat bayangkan keadaan saya bila diuji satu hari nanti. Mungkin inilah perasaan kita apabila semakin berumur. Semakin hari, semakin kerap memikirkan tentang kehilangan,” luahnya.

ALTER-NARATIF

BERKONGSI tentang AlterNaratif, Nabila mengakui berdepan pelbagai cabaran termasuk pengalaman bertutur dalam bahasa Jepun dan Mandarin untuk beberapa babak dalam drama berkenaan.

Katanya, bercakap dalam dua bahasa bukan perkara mudah, apatah lagi hanya diberi tempoh dua minggu untuk membuat persiapan.

“Bahkan saya ambil peluang belajar dengan cikgu bahasa Mandarin anak saya disebabkan khuatir melakukan kesilapan ketika mengucapkan dialog dalam bahasa-bahasa tersebut.

“Bayangkan saya cuma diberikan dua minggu untuk hafal dan perbetulkan pengucapan. Ia memang sangat mencabar.

“Sehingga ada satu tempoh saya elak berbual-bual di set penggambaran dan menghabiskan banyak masa mendalami dan menghafal dialog yang banyak dan rumit,” katanya.

Ditanya tentang keistimewaan drama yang turut menampilkan Liyana Jasmay dan Gambit Saifullah itu, Nabila akui Alter-Naratif naskhah berbeza yang diluar zon selesanya sendiri.

“Cerita dan watak yang saya bawakan dalam cerita ini sangat berlainan dengan apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. Tambahan pula, saya anggap penglibatan dalam drama ini sebagai impian saya yang terlaksana kerana sudah lama mengidamkan untuk berlakon dalam naskhah fiksyen sains.

“Saya jatuh cinta dengan watak yang saya lakonkan iaitu Mel sebaik mendalami sinopsis dan skripnya. Akhirnya, saya keluar daripada zon selesa dan cabar diri dengan watak yang lebih berlainan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya