Pulau Pinang perlu terus diperintah oleh pemimpin 'cerdik' - Anwar - Utusan Malaysia

Pulau Pinang perlu terus diperintah oleh pemimpin ‘cerdik’ – Anwar

ANWAR Ibrahim membakar sate di sebuah gerai di tapak pasar malam ketika sesi ramah-mesra bersama warga Balik Pulau di pekarangan Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat Pulau Pinang memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin yang cerdik daripada Pakatan Harapan (PH) untuk terus memerintah negeri itu.

Perdana Menteri berkata, beliau berharap Pulau Pinang akan terus kukuh sebagai negeri milik PH dan beliau di peringkat Kerajaan Pusat akan membantu negeri itu untuk menyelesaikan apa sahaja masalah yang timbul.

”Pulau Pinang kena bagi orang cerdik perintah, saya ingin terangkan bahawa kita kena faham betul-betul.

”Dulu ada orang kata kalau Anwar perintah habis orang Melayu, tutup habis sekolah agama, dulu masa kempen orang kata bila Anwar jadi Perdana Menteri tudung semua tak boleh pakai, habis ini (orang-orang pakai tudung) apa.

”Jadi, saya minta Pulau Pinang terus kukuh (di bawah PH), saya berhubung rapat dengan Ketua Menteri (Chow Kon Yeow), apa yang boleh Kerajaan Pusat selesaikan kita bantu selesaikan, apa yang perlu negeri selesaikan, negeri selesai,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi PH berucap selepas sesi ramah-mesra bersama warga Balik Pulau di tapak pasar malam di pekarangan Masjid Daerah Barat Daya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menafikan dakwaan beliau tunduk dengan DAP dalam urusan-urusan pentadbiran negara.

”Betul DAP ini kawan kita, kita bagi jawatan dekat dia, tapi bos siapa dia, ‘hang’ ingat aku bodoh?

”Anthony Loke, Menteri Pengangkutan, dia ikut dasar bawa ke Jemaah Menteri, Perdana Menteri setuju baru jalan, saya kalau ‘hampa ‘maki macam mana pun tetapi nak beli Anwar Ibrahim, tak boleh,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau akan meneruskan langkah reformasi untuk mengubah negara ke arah kebaikan dengan sedaya-upaya.

”Negara ini kaya tapi hilang banyak, jadi apa yang perlu dilakukan ialah hentikan amalan curi harta rakyat.

”Tidak kira ‘hang’ pakai serban, baju kot atau semua, Tan Sri, Tun, atau daripada parti manapun, kalau hang curi duit, kita masukkan (penjara), bilik saya di Sungai Buloh (penjara) kosong lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya