Pulau Pinang milik Kedah; USJT Bukit Aman siasat dakwaan Sanusi - Utusan Malaysia

Pulau Pinang milik Kedah; USJT Bukit Aman siasat dakwaan Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kes berhubung dakwaan Pulau Pinang milik Kedah oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kini dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, sebanyak empat laporan polis diterima berkaitan dakwaan Muhammad Sanusi berkenaan setakat ini.

”Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendakwa Pulau Pinang berada di bawah hak milik Kedah memandangkan negeri itu hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis sahaja.

Ekoran kenyataan beliau itu, beberapa pemimpin DAP antaranya Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membuat laporan polis di sini beberapa hari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya