Proses hadanah temui jalan buntu, Hafidz kelihatan emosi

Proses hadanah temui jalan buntu, Hafidz kelihatan emosi

HAFIDZ ROSHDI ditemui selepas proses sulh mengenai hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.-UTUSAN/M.FIRDAUS M.JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  Pelakon, Hafidz Roshdi gagal mencapai kata sepakat di saat-saat akhir bersama isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri berhubung tuntutan hadanah (hak penjagaan) dua anak mereka.

Disebabkan itu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 12 September depan sebagai tarikh sebutan semula prosiding tersebut.

Peguam syarie yang mewakili Hafidz, Umi Kartini Abdul Latif memberitahu, penetapan tarikh baharu itu disebabkan tiada persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak plaintif dan defendan semasa proses sulh.

“Hari ini proses sulh sudah berlangsung dengan kehadiran kedua-dua belah pihak.

“Tarikh untuk sebutan semula adalah pada 12 September depan, disebabkan tiada penyelesaian dan persetujuan dicapai sebentar tadi,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, perbincangan tersebut adalah bagi mendapatkan kebenaran mengenai hak lawatan bersama dua anak mereka iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

“Perbincangan proses lawatan anak-anak dan kes berkaitan hadanah di hadapan pegawai sulh tidak mencapai persetujuan bersama, jadi kita teruskan di mahkamah.

“Anak guam saya masih boleh berkompromi mengenai hak berkaitan lawatan anak-anak.

“Sekiranya ada perbincangan dan penyelesaian sebelum 12 September ini, kami akan maklumkan kepada pihak mahkamah sebab perkara ini membabitkan anak-anak dan kedua-duanya mempunyai hak,” katanya.

Sementara itu, Hafidz ketika ditemui dengan wajah sugul dan kelihatan beremosi tidak mahu memberikan sebarang kenyataan berhubung prosiding yang berlangsung hari ini.

“Tiada komen, bercakap dengan peguam saya,” jawabnya ringkas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya