Produk Indonesia ada logo halal MUI masih sah hingga tamat tempoh

Produk Indonesia ada logo halal MUI masih sah hingga tamat tempoh

ANWAR Ibrahim dan Joko Widodo menyaksikan pertukaran dokumen MoC antara Jakim dengan pihak BPJPH di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini tidak perlu was-was dengan sebarang produk dari Indonesia yang masih lagi memakai logo halal dikeluarkan Majelis Ulama Indonesia (MUI).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) susulan perubahan agensi pensijilan halal bertauliah di republik tersebut.

“Label produk yang ada logo halal sah dari Lembaga Pengkajian Pangan Obat-obatan dan Kosmetika (LPPOM) MUI masih boleh digunakan sehingga Februari 2026,” jelas  Jakim susulan Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) di sini semalam.

Pemeteraian rasmi dengan agensi tunggal pensijilan halal berautoriti Indonesia itu juga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengimport Malaysia berhubung status terkini logo MUI kerana sebarang produk dikilangkan di Indonesia yang ada label halal BPJPH sahaja boleh dibawa masuk pasaran Malaysia.

Padahal selama ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar memperakui pengauditan ketat dilakukan pihak MUI untuk produk dari republik itu sebelum dapat dieksport ke Malaysia.

Kata Jakim, Pemegang sijil LPPOM MUI yang sudah tamat tempoh perlu membuat permohonan pembaharuan sijil kepada pihak BPJPH selepas ini ekoran perubahan badan berautoriti bagi pensijilan halal dari Indonesia yang diwartakan mulai 17 Oktober 2019.

BPJPH merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Agama Indonesia tetapi penguatkuasaan sijil dan logo halal badan tunggal itu hanya bermula pada 1 Mac 2022.

Pelaksanaan tersebut ekoran kelulusan Undang-Undang Nomor 88 dan 40 Tahun 2022 mengenai Penggunaan Label Produk Peroleh Sertifikat Halal dan Penetapan Label Halal.

Pengguna yang jika ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai isu ini boleh menghubungi terus International Halal Authority Board Unit di Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jakim.

Pensijilan halal merupakan syarat mandatori bagi semua jenis produk makanan, kosmetik dan perubatan di Indonesia menurut Undang-Undang Nomor 39 diluluskan pada 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya