PRN: Pemuda Pas harap 30 peratus calon muda bertanding - Utusan Malaysia

PRN: Pemuda Pas harap 30 peratus calon muda bertanding

AHMAD Fadhli Shaari (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Abdul Hadi Awang pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pas Negeri Terengganu di Rusila, Marang, malam tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pemuda Pas berharap sekurang-kurangnya 30 peratus calon muda dipilih untuk bertanding di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penampilan lebih ramai calon muda  dalam PRN itu dijangka dapat menarik pengundi muda untuk memberi sokongan kepada Pas dalam PRN nanti.

Menurutnya, beliau percaya calon muda yang bakal diketengahkan dalam pilihan raya itu merupakan anak tempatan yang dikenali dan boleh mencapai kemenangan. 

“Kita sentiasa mengharapkan supaya dapat diketengah seramai mungkin pemuda atau anak-anak muda tetapi ia bergantung kepada para pimpinan membuat keputusan.

“(Bagaimanapun) dalam situasi pada hari ini, saya tidak fikir boleh tercapai (30 peratuas calon muda), kalau kita dapat 10 peratus pun saya (telah) cukup, bersyukur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pas Negeri Terengganu di Rusila di sini, malam tadi.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Pemuda Pas akan memberi perhatian terhadap pengundi muda dalam kempen PRN ini.

“Kita melihat momentum sokongan pengundi muda kepada Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya yang lepas masih lagi berkekalan.

“Golongan muda juga kecewaan terhadap prestasi ditunjukkan oleh Kerajaan Perpaduan ini dan dia akan ditunjukkan di dalam kotak undi PRN nanti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya