PRN: Pas Kelantan tidak guna 'poster boy' tarik undi

PRN: Pas Kelantan tidak guna ‘poster boy’ tarik undi

MOHD. Amar Nik Abdullah ketika membentangkan kertas kerja pada Majlis Perasmian Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas Kelantan menegaskan bahawa parti itu tidak perlu memilih satu-satu individu untuk ditonjolkan sebagai ‘poster boy’ bagi menarik undi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, calon-calon yang dipertaruhkan sudah mempunyai kelebihan dan daya penarik tersendiri untuk memikat hati pengundi.

“Di Kelantan kita tidak ada poster boy… semua calon kita adalah poster boy,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Timbalan Menteri Besar itu memberitahu, pihaknya sedia mendedahkan pencapaian Kerajaan Negeri sepanjang 33 tahun berada di bawah pentadbiran Pas bermula tahun 1990 menerusi penganjuran Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera.

Katanya, hal ini kerana terdapat beberapa aspek atau isu tidak sampai kepada rakyat terutama perkara-perkara yang memerlukan penjelasan secara terperinci.

Ujarnya, kerajaan negeri berharap melalui penganjuran karnival berkenaan maklumat tepat mengenai semua perkara tersebut dapat disampaikan dengan sejelas-jelasnya kepada rakyat di negeri ini.

“Paling penting adalah pendedahan maklumat mengenai perkara-perkara yang memerlukan penjelasan terperinci. Sebelum ini ia tidak diperincikan dalam sebarang pernyataan atau di pentas politik. Isu berkaitan tanah juga perlu diperjelaskan kepada rakyat.

“Dalam isu tanah, banyak pihak mendakwa ia diberikan kepada syarikat-syarikat sahaja sedangkan mengikut rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sehingga kini terdapat lebih 120,000 permohonan di seluruh negeri telah diluluskan kepada individu.

“Itu merupakan sebahagian contoh isu-isu yang perlu kita ketengahkan dan dedahkan kepada rakyat di seluruh negeri ini kerana kebanyakan orang awam tidak mengetahui maklumat mengenai perkara sebegini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya