PRN Ogos tak jejas pendapatan Selangor - MB - Utusan Malaysia

PRN Ogos tak jejas pendapatan Selangor – MB

PRN Selangor
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kerajaan Selangor bersedia berdepan tempoh pilihan raya lebih panjang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini dan menganggap jangkaan pelaksanaannya pada bulan Ogos nanti tidak menjejaskan pendapatan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pada pilihan raya kali ini kerajaan negeri lebih bersedia selepas mengadakan mesyuarat khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat lalu.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak mahu mengulangi kesilapan pada 2018 apabila pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada ketika itu menjejaskan perolehan negeri apabila meraih RM1.8 bilion berbanding pencapaian biasa.

“Siapa jangka (PRN pada bulan Ogos)? Kalau Ogos, tak apa kita pun ada masa lebih panjang untuk menyusun, merangka dan memilih, saya ingat baik panjang atau pendek, ada baiknya.

“Itu (risiko) kita sudah atasi sebahagiannya sebab baru-baru ini kita buat MMKN Khas, dalamnya kita luluskan lebih 450 kertas kerja sebab dalam pengalaman lepas apabila berlaku pilihan raya kertas kerja lambat sebab masa tak sesuai untuk diluluskan.

Caretaker government berhati-hati, tak boleh luluskan (hal berkaitan) tanah, sebab itu dianggap sebagai perubahan dasar. Jadi banyak memberi kesan, in fact pada tahun itu income kita cuma RM1.8 bilion, it is far from our normal performance RM2.0 to RM2.4 billion,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Laman Lestari, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan pelaksanaan PRN pada Ogos selepas keenam-enam negeri mesti melalui proses berkenaan lewat-lewatnya dalam bulan tersebut.

Justeru, Selangor perlu mengadakan pilihan raya selewat-lewatnya pada 22 Ogos iaitu dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan pada 23 Jun lalu.

Dalam pada itu, Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua memaklumkan kerajaan negeri kini sebanyak RM3.4 bilion berdasarkan rekod pada dua bulan lalu.

“RM3.4 bilion, seingat saya dalam dua bulan lepas,” ujarnya.

Berdasarkan angka tersebut, rizab kerajaan negeri dilihat meningkat berbanding 2021 iaitu sebanyak RM2.8 bilion. Jumlah tersebut naik sebanyak 14.67 peratus berbanding 2020 (RM2.4 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya