PRN: 'Kerajaan PH-BN' berdepan tekanan jika Selangor tumbang - Utusan Malaysia

PRN: ‘Kerajaan PH-BN’ berdepan tekanan jika Selangor tumbang

WAN Zikri Afthar Ishak (kiri) mengacau bubur kacang sewaktu Program Sukan Rakyat Sempena Hari Keputeraan Raja Perlis Ke-80 di Masjid Ibnu Tamiyyah, Tambun Tulang, Arau, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kerajaan bakal berdepan tekanan seandainya Selangor yang dikatakan kubu kuat Pakatan Harapan (PH) tumbang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Wan Zikri Afthar Ishak berkata, parti-parti di bawah Kerajaan Perpaduan khususnya PH sebelum ini kerap mendabik dada di atas kepimpinan mereka di negeri berkenaan.

Beliau berkata, bagaimanapun penyokong tegar PH pastinya tidak dapat menerima sekiranya mereka gagal mempertahankan kemenangan di Selangor yang merupakan kubu kuat gabungan itu dalam PRN kali ini.

“Dan kesannya mereka akan bercakaran antara satu sama lain sehingga menyebabkan tekanan kepada kerajaan.

“Macam saya katakan, mustahil penyokong tegar dalam PH dapat menerima kerana sekarang ini pun mereka terpaksa dan dipaksa menyantuni Barisan Nasional (BN),” katanya selepas Program Sukan Rakyat Sempena Hari Keputeraan Raja Perlis Ke-80 di Masjid Ibnu Tamiyyah, Tambun Tulang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Zikri berkata, beliau juga positif dua negeri iaitu Selangor dan Pulau Pinang bakal dirampas oleh Perikatan Nasional (PN) pada PRN ini.

Ujarnya, perkembangan positif ini dapat dilihat menerusi penganjuran program dan majlis di bawah PN yang mendapat sambutan begitu memberangsangkan daripada masyarakat.

“Penglibatan daripada semua kaum juga agak baik dan mereka akan beralih arah kepada PN berdasarkan beberapa isu yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, pengundi perlu membuat keputusan bijak pada PRN kali ini bagi membolehkan nasib mereka dapat dibela oleh PN.

“Ramai juga di antara peniaga yang mengeluh dengan isu-isu yang timbul dan apa yang boleh saya katakan adalah mereka tiada pilihan melainkan bersama dengan PN,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya