PRN: BN Selangor arah kemuka tiga calon setiap bahagian - Utusan Malaysia

PRN: BN Selangor arah kemuka tiga calon setiap bahagian

BN Selangor
MEGAT Zulkarnain Omardin bersama pimpinan BN negeri dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa BN Selangor di Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) negeri ini mengarahkan komponen di setiap 22 bahagiannya mengemukakan tiga calon kepada pimpinan masing-masing untuk dicadangkan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, arahan berkenaan dikeluarkan oleh BN pusat yang diputuskan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, baru-baru ini.

“Cadangan  tiga nama calon itu dikeluarkan sebagai persiapan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas agihan kerusi diketahui nanti.

“Nama-nama calon ini ketua bahagian perlu serahkan kepada Pengerusi Perhubungan parti masing-masing sebelum diserahkan kepada Presiden parti untuk semakan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa BN Selangor, malam tadi.

Beliau menambah, dalam mesyuarat tersebut MCA dan MIC turut mengemukakan permintaan mereka ke atas kerusi DUN untuk ditandingi mereka pada PRN kali ini, namun keputusan tersebut akan ditentukan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Permintaan kita raikan atas semangat BN, tetapi tak bermaksud satu, atau tak ada langsung atau lebih (kerusi yang akan diberikan). Jadi, ini tertakluk kepada perbincangan. Mereka boleh mohon dan minta. Ini akan diputuskan kepimpinan tertinggi,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi MIC Selangor, MB Raja memaklumkan, beliau membuat permohonan bagi MIC untuk bertanding pada PRN kali ini dalam mesyuarat semalam, namun enggan mendedahkan kerusi yang hendak ditandingi.

“Mungkin kita (MIC Selangor) akan dapat tahu keputusan sama ada dapat kerusi atau tidak dalam tempoh seminggu lagi. Mesyuarat sama juga membincangkan bagaimana gerak kerja BN dengan Pakatan Harapan (PH) Selangor ketika tempoh berkempen nanti,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya