PRN: Agihan kerusi PN selesai 99 peratus - Utusan Malaysia

PRN: Agihan kerusi PN selesai 99 peratus

MUHYIDDIN Yassin ketika berucap dalam konvensyen dan pelancaran jentera PN Pulau Pinang di George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Agihan kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah selesai 99 peratus.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, segala isu berkaitan pembahagian kerusi itu akan dimuktamadkan antara parti-parti komponen PN pada Rabu ini (22 Jun).

”Saya nak terangkan, kita dah hampir selesai pembahagian kerusi, sudah selesai 99 peratus, 22 Jun (Rabu) kita adakan pertemuan untuk muktamadkan (agihan kerusi).

”Kalau nak tanya semua puas hati, semua jawab tak puas hati, Pas puas hati, tak puas hati, Bersatu lagi tak puas hati, Gerakan memang tak puas hati.

”Kenapa tak puas hati, semua nak kawasan boleh menang, semua nak pergi ke situ, dah tentu dua tiga orang tidak puas hati takkan kita nak bagi Pas separuh kita separuh, tak boleh satu sahaja,” katanya ketika berucap pada majlis Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PN Pulau Pinang, Datuk Dr. Dominic Lau dan pimpinan-pimpinan PN peringkat negeri.

Enam negeri iaitu Selangor, Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijangka mengadakan PRN serentak walaupun tarikh pembubaran DUN di negeri terbabit berbeza.

Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata, semangat rundingan antara parti-parti komponen PN juga berada pada tahap terbaik yang mana setiap parti mampu bertolak ansur antara satu sama lain.

“Semangat PN luar biasa, apabila kita runding lebih kurang tidak apa, pasal kalau Pas menang kita menang, Gerakan menang kita menang, Bersatu menang kita menang, semua ini PN menang.

”Kita kena berganding sepenuhnya, bukan soal siapa nak tanding, siapa nak tanding, tandinglah, mungkin kali ni tak ada rezeki, esok ada rezeki tak kira siapa (calon),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, semangat pengundi terutama orang Melayu untuk menyokong PN pada PRN pada masa ini juga berada pada tahap luar biasa.

”Hasrat orang Melayu ikut kajian kita di Selangor atau di seluruh negara 80 peratus sokong PN.

”Ikut kajian kita di Selangor, pengundi Melayu 89 peratus akan keluar mengundi, 80 peratus undi PN, orang Cina kita tidak tahu, semangat pengundi terutama Melayu untuk sokong PN luar biasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya